Banjir: Wanita dikhuatiri lemas terperangkap dalam kereta

Iklan
Anggota bomba melakukan operasi mencari dan menyelamat seorang wanita yang hanyut dalam keretanya di Jalan Nitar Utama, Mersing pada Isnin. Anggota bomba melakukan operasi mencari dan menyelamat seorang wanita yang hanyut dalam keretanya di Jalan Nitar Utama, Mersing pada Isnin.
Anggota bomba melakukan operasi mencari dan menyelamat seorang wanita yang hanyut dalam keretanya di Jalan Nitar Utama, Mersing pada Isnin.

MERSING - Seorang wanita dikhuatiri lemas akibat terperangkap dan dibawa arus banjir dalam kereta yang dipandunya di Jalan Nitar Utama di sini pada Isnin.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mersing, Penolong Penguasa Bomba Abdul Muiz Mukhtar berkata, pihaknya menerima laporan kejadian tersebut pada jam 6.49 pagi.

Iklan
Iklan

Susulan itu katanya, seramai 11 anggota dari BBP Mersing dan BBP Endau dikejarkan ke tempat kejadian.

"Ketika ini operasi mencari dan menyelamat (SAR) sedang dilakukan di Felda Nitar 1 dan Felda Nitar 2. Mangsa dipercayai terbabas ke tebing jalan, paras air atas jalan kira-kira 1.2 meter," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Iklan

Jumlah mangsa yang maut akibat banjir di negeri ini kekal seramai empat orang iaitu K Sarathkumar yang menetap di Kluang manakala Lee Amo Yee, Tan Sue Ke dan Fatimah Anthony menetap di Segamat.

Sarathkumar dipercayai maut dalam kereta selepas kereta dipandunya dihanyutkan arus deras ketika dalam perjalanan ke tempat kerja pada 1 Mac, manakala Amo Yee, Sue Ke dan Fatimah Anthony dilaporkan mati lemas pada 2 Mac.

Iklan