KOTA BHARU - [DIKEMAS KINI] Mayat seorang kanak-kanak lelaki yang lemas ketika cuba menyelamatkan anak saudaranya yang tergelincir di Pantai Kemayang, Bachok semalam, ditemukan hari ini.
Ketua Polis Daerah Bachok, Superintendan Mohamad Ismail Jamaluddin berkata, mangsa Ahmad Fadhlullah Mohamad, 12, ditemukan pada 1.40 tengah hari tadi oleh orang awam di Pantai Senok, kira-kira lima kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan tergelincir.