KUALA LUMPUR - Kerajaan boleh ‘menyelamatkan’ RM1 bilion daripada peruntukan untuk tambahan caruman RM500 ke akaun pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dengan menyalurkannya kepada mangsa banjir.
Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ia memandangkan cadangan itu dilihat indah khabar daripada rupa.
Menurutnya, bantuan KWSP itu hanya untuk segelintir pencarum iaitu kumpulan umur 40 hingga 54 tahun sahaja, sedangkan hampir 53 peratus penyumbang caruman yang aktif tidak mendapat manfaat daripada pemberian itu.
"Pencarum tidak mohon suntikan RM1 bilion ini tapi mereka nak wang KWSP dibenar untuk dikeluarkan secara bersasar.
"Kalau itu diluluskan, kerajaan boleh menyelamatkan RM1 bilion dan boleh bagi di kawasan yang hadapi banjir teruk sekali gus digunakan untuk selamatkan mangsa-mangsa yang ada,” katanya semasa sesi Perbahasan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat pada Isnin.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa pembentangan Belanjawan 2023 pada 24 Februari lalu mengumumkan untuk menambah RM500 ke dalam Akaun 1 pencarum KWSP berumur antara 40 dan 54 tahun yang mempunyai simpanan kurang daripada RM10,000, dengan jumlah peruntukan RM1 bilion.
Tambah Muhyiddin, golongan pencarum yang berumur di bawah usia 40 tahun pula dinafikan hak mereka untuk mendapat bantuan sama.
Permintaan rata-rata pencarum untuk mengeluarkan simpanan KWSP juga tidak dipedulikan.
Ahli Parlimen Pagoh itu turut mencadangkan supaya kerajaan meluluskan peruntukan segera sebanyak RM300,000 kepada semua ahli Parlimen yang kawasan mereka dilanda banjir, termasuk ahli Parlimen pembangkang.
Peruntukan itu katanya, boleh digunakan oleh ahli-ahli Parlimen untuk menyalurkan bantuan segera kepada mangsa banjir.
"Memandangkan negeri Johor terjejas teruk dengan musibah banjir kali ini, saya juga mencadangkan supaya Kerajaan Persekutuan menyalurkan peruntukan sebanyak RM100 juta kepada kerajaan Johor untuk tujuan membantu mangsa banjir dan membiayai program pemulihan pasca banjir,” jelasnya.
BERITA SEMASA 6 MAC 2023
Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata rakyat tidak meminta suntikan RM500 ke dalam akaun KWSP seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri semasa pembentangan Belanjawan 2023 lalu, sebaliknya rakyat mahu kerajaan meluluskan pengeluaran secara bersasar.
Menurut bekas Perdana Menteri itu, jika perkara tersebut diluluskan, kerajaan boleh menyelamatkan RM1bilion dan boleh diberikan kepada kawasan-kawasan yang menghadapi banjir teruk ketika ini untuk membantu mereka yang terkesan.
Pengerusi Perikatan Nasional itu juga berkata, suntikan RM500 ke dalam akaun pencarum hanya indah khabar daripada rupa, walhal hakikatnya ia hanya memberi manfaat kepada segelintir pencarum berusia 40 hingga 54 tahun yang mempunyai simpanan kurang daripada RM10,000 sahaja.
Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#BeritaSemasa #SinarHarian #DewanRakyat
" />