Warga emas meninggal dunia di PPS

Iklan
Ismail

BATU PAHAT - Seorang warga emas ditemui tidak sedarkan diri oleh anaknya di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Orang Ramai Yong Peng pada Isnin, sebelum disahkan meninggal dunia.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, warga emas berusia 87 tahun itu bersama keluarganya ditempatkan di PPS berkenaan sejak Jumaat lalu.

Iklan
Iklan

"Warga emas tersebut mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) Batu Pahat pada malam Jumaat kerana sakit perut dan telah dimasukkan ke wad.

Menurut Ismail, anak mangsa yang berusia 57 mendapati bapanya itu tidak sedarkan diri pada jam 1.30 tengah hari pada Isnin sebelum disahkan meninggal dunia akibat jangkitan kuman dalam darah oleh pegawai perubatan.

Iklan

Berdasarkan maklumat dari anaknya, bapanya itu menghidap penyakit batu karang, gastrik, sakit kulit dan darah tinggi.

Iklan