JAKARTA - Rakyat Indonesia membelanjakan 165 trilion rupiah (AS$10.7 bilion) setahun untuk rawatan perubatan di luar negara, khususnya Malaysia, kata Presiden Joko Widodo.
Presiden yang lebih dikenali sebagai Jokowi itu berkata, hampir satu juta pesakit Indonesia mengunjungi Malaysia untuk mendapatkan rawatan manakala kira-kira 750,000 lagi ke Singapura dan negara lain seperti Jepun, Amerika Syarikat (AS) dan Jerman.