JDT menang bergaya di Paroi

Iklan
Aksi pemain-pemain JDT ketika berdepan tuan rumah, Negeri Sembilan FC pada Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Negeri Sembilan pada Isnin. - Foto Facebook Johor Southern Tigers

JOHOR Darul Ta'zim (JDT) dengan mudah membelasah tuan rumah, Negeri Sembilan FC 7-0 pada aksi Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi di sini pada Isnin.

JDT membuka jaringan melalui tandukan Fernando Martin Forestieri yang dihantar Leandro Sebastian Velazquez melalui sepakan percuma pada minit ke-20.

Iklan
Iklan

Diogo Luis Santo pula menambah gol kedua buat pasukan itu pada minit ke-40.

Forestieri sekali lagi menghadiahkan jaringan untuk JDT menerusi sepakan penalti pada minit ke-48.

Iklan

JDT berjaya menghasilkan gol keempat selang empat minit oleh Arif Aiman Mohd Hanapi.

Corbin Ong La Vere Lawrence pula menambah gol kelima buat JDT pada minit ke-66 dan disusuli Endrick Dos Santos untuk gol keenam lima minit selepas itu.

Iklan

Corbin Ong berjaya menjaringkan gol ketujuh pasukan Harimau Selatan pada minit ke-87.

Perlawanan tamat selepas tambahan masa empat minit.