[VIDEO] Syamsul, Puteri Sarah tiba di Mahkamah Syariah sebutan kes cerai

Iklan
Puteri Sarah tiba di Kompleks Mahkamah Syariah pada pagi Selasa.

KUALA LUMPUR - Pengarah filem 'Mat Kilau', Syamsul Yusof dan isterinya, Puteri Sarah tiba di Kompleks Mahkamah Syariah di sini berasingan, masing-masing jam 9 dan 9.38 pagi Selasa, bagi prosiding sebutan kes permohonan cerai yang difailkan isterinya, Puteri Sarah.

Pelakon Lu Pikirlah Sendiri de Movie atau nama sebenar Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, selaku plaintif, memfailkan permohonan berkenaan pada 16 Januari lalu, menerusi Tetuan Akberdin & Co dengan menamakan Syamsul atau nama sebenarnya, Mohd Shamsul Md Yusof, 39, selaku defendan.

Iklan
Iklan

Untuk rekod Puteri Sarah dan Syamsul berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata, Syaikul Islam, 6, dan Summayah, 4.

Pada 6 Januari lalu, Syamsul akhirnya mengotakan janji untuk ‘meletak titik noktah’ pada teka-teki perhubungannya dengan Ira Kazar, apabila mengakui sudah menikahi wanita itu di Thailand.

Iklan

Iklan

BERITA SEMASA 7 MAC 2023

Pengarah filem 'Mat Kilau', Syamsul Yusof dan isterinya, Puteri Sarah tiba di Kompleks Mahkamah Syariah di Kuala Lumpur berasingan, masing-masing jam 9 dan 9.38 pagi Selasa, bagi prosiding sebutan kes permohonan cerai yang difailkan isterinya, Puteri Sarah, lapor wartawan Sinar Harian, Noor Azlida Alimin.

Artikel: https://bit.ly/3F1AyV6

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian" />