Tiga bank setuju beri moratorium kepada mangsa banjir

Iklan
Keadaan banjir di jalan utama di Buloh Kasap, Segamat.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu Dewan Rakyat, tiga bank bersetuju memberikan moratorium sehingga enam bulan kepada mangsa banjir.

Menurutnya, tiga bank itu adalah Malayan Banking Bhd (Maybank), CIMB Bank Bhd (CIMB) dan Agrobank.

Iklan
Iklan

"Tentang moratorium untuk memudahkan mereka ada cadangan daripada kerajaan Johor supaya diberikan moratorium kepada peminjam agar dapat melengahkan, melambatkan bayaran kerana keadaan yang terdesak.

"Setakat ini, Maybank, CIMB dan Agro Bank bersetuju untuk memberikan moratorium enam bulan.

Iklan

"Dengan langkah ini, semalam dan hari ini kita menghubungi bank-bank lain supaya mengikuti langkah yang diambil," katanya pada Selasa.

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim (PN-Arau) yang meminta penjelasan kerajaan mengapa masih tidak melaksanakan darurat banjir khususnya di Johor dengan jumlah mangsa banjir terus melonjak di pusat pemindahan sementara (PPS).

Iklan

Pada Isnin, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menggesa kerajaan memberikan moratorium selama tiga hingga enam bulan kepada mangsa banjir di negeri itu.

Dalam pada itu, Anwar berkata, buat masa ini tidak ada keperluan untuk melaksanakan darurat banjir memandangkan keadaan dalam keadaan terkawal dan bertambah baik.

"Di kawasan Felda yang terputus lalu lintas, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah segera membina Jambatan Bailey.

"Di Johor, persiapan oleh jentera persekutuan, negeri dan daerah nampak lebih berkesan serta dapat menyelamatkan banyak nyawa di samping memberikan bantuan segera,” katanya.