Seleweng RM157 juta UiTM Holdings: SPRM tubuh pasukan forensik

Iklan
Laporan Sinar Harian.

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menubuhkan pasukan forensik untuk meneliti dakwaan penyelewengan, yang mengakibatkan UiTM Holdings Sdn Bhd (UiTM Holdings) kerugian sebanyak RM157 juta.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, kes berkenaan juga masih dalam siasatan dan setakat ini pihaknya belum berhasrat memberikan maklumat lebih lanjut.

Iklan
Iklan

"Saya difahamkan satu unit pada bahagian saya telah menubuhkan satu pasukan forensik untuk meneliti kes ini.

"Namun saya nak ingatkan, kerugian itu tidak semestinya berakhir dengan ada kes jenayah, jadi kita kena adil," katanya ketika sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara SPRM dengan Universiti Teknologi Mara dan Institut Akauntan Malaysia di sini pada Selasa.

Iklan

Azam berkata, pihaknya sedang menyiasat dari semua aspek berkaitan dakwaan itu.

"Kita akan umumkan hasil siasatan kita pada satu hari kelak supaya tiada pihak menuduh antara satu pihak yang lain," katanya.

Iklan

Pada 10 Februari lalu, SPRM menyiasat dakwaan penyelewengan yang mengakibatkan kerugian RM157 juta oleh UiTM Holdings Sdn Bhd.

Siasatan SPRM memberi fokus kepada beberapa isu khususnya melibatkan dana dan beberapa pelaburan yang dibuat UiTM Holdings sehingga melibatkan kerugian jutaan ringgit.

Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim dilaporkan berkata, tumpuan dan fokus siasatan adalah terhadap kes-kes yang disyaki melibatkan rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan.