BIARPUN Syamsul Yusof enggan menceraikannya, pelakon Puteri Sarah memohon agar suaminya itu melepaskannya dengan cara baik.
Bercakap kepada media di luar bilik bicara, Puteri Sarah tidak melihat adanya lagi harapan dalam perkahwinan mereka.
"Saya tak tahu kenapa dia bertindak begitu. Saya terkejut sebab dia pun sudah setahun block nombor saya, dan saya pun sudah setahun tak berjumpa dia. Baru hari ini kami berjumpa semula di sini.