Ahmad Said berazam pulihkan UMNO

Iklan
Datuk Seri Ahmad Said - Foto Bernama

KUALA TERENGGANU - Pengerusi UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said berazam membantu memulihkan UMNO selepas parti itu mengalami episod hitam sehingga dianggap bakal terkubur selepas tewas dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dan kehilangan banyak kerusi pada PRU15 lalu.

Ahmad yang mula melibatkan diri dalam UMNO sejak berusia 18 tahun menawarkan diri untuk bertanding jawatan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO bagi sesi 2023-2026 dalam pemilihan parti yang dijaduakan pada 18 Mac ini.

Iklan
Iklan

"Saya merupakan seorang yang vokal bersuara dalam beberapa isu, oleh itu saya rasa saya boleh berikan seberapa banyak sumbangan dari pelbagai aspek untuk membantu memmulihkan kembali UMNO. Itu harapan saya," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, di sini, pada Selasa.

Ahmad yang juga Ketua UMNO Bahagian Kemaman berkata, pengalaman berada di dalam parti itu sejak lebih empat dekad lalu menambahkan keyakinan untuk beliau bertanding jawatan di peringkat pusat.

Iklan

"Saya terlibat dalam politik sejak berusia 18 tahun. Ketika itu saya menjadi Naib Ketua Cawangan di kawasan saya dan sehinggalah sekarang saya aktif dalam UMNO.

"Bagi saya, UMNO adalah darah daging saya dan saya yakin serta percaya, saya mampu memberikan sedikit sumbangan kepada UMNO Malaysia demi masa depan UMNO itu sendiri.

Iklan

"Justeru, saya harap mereka yang mengenali dan arif mengenai perjuangan saya di dalam UMNO dapat memberi peluang kepada saya kerana saya merasakan mampu memberikan khidmat bakti saya di dalam parti," katanya.

Ahmad yang merupakan anak kelahiran Chukai, Kemaman berusia 66 tahun merupakan calon nombor 81 dalam pemilihan bagi kerusi MKT UMNO kali ini.