Kawasan lombong 'port' sabung ayam diserbu

Iklan
Polis menahan tujuh lelaki dalam serbuan judi sabung ayam di kawasan lombong di Bandar Saujana Putra, Kuala Langat pada Ahad.

KUALA LANGAT - Kawasan lombong di Bandar Saujana Putra yang dijadikan tempat judi sabung ayam terbongkar selepas digempur polis pada Ahad.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Deputi Superintendan Mohd Sufian Amin berkata, serbuan kira-kira jam 2.30 petang itu berjaya memberkas tujuh lelaki.

Iklan
Iklan

Menurutnya, tangkapan berusia lingkungan 31 hingga 55 tahun itu terdiri daripada enam warga tempatan dan seorang Vietnam.

"Ketika serbuan, sekumpulan lelaki sedang berkumpul untuk pertaruhan sabung ayam.

Iklan
Polis merampas 25 ekor ayam ayam jantan yang digunakan kaki judi untuk pertaruhan tersebut.

"Mereka yang menyedari kehadiran polis kemudian terus melarikan sebelum berjaya ditahan," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, polis turut merampas 25 ekor ayam jantan yang diguna untuk kegiatan perjudian terbabit.

Iklan

Tambah Mohd Sufian, lokasi terbabit dipercayai aktif sejak dua bulan lalu dengan membabitkan nilai pertaruhan bermula RM200 hingga RM500.

"Dipercayai, pengunjung adalah membabitkan mereka dari sekitar daerah Kuala Langat dengan pertaruhan dijalankan kebiasaan pada hari minggu sahaja," ujarnya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 7 (2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.