Sheikh Mohammed dilantik Perdana Menteri baharu Qatar

Iklan
Sheikh Mohammed - Foto AFP

DOHA - Emir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani pada Selasa melantik Menteri Luar, Sheikh Mohammed bin Abdulrahman Al Thani sebagai Perdana Menteri baharu negara itu.

Sheikh Mohammed menggantikan Sheikh Khalid bin Khalifa bin Abdulaziz Al Thani, lapor Agensi Anodolu.

Iklan
Iklan

Pejabat Emir dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa Sheikh Mohammed dilantik sebagai Perdana Menteri selepas Emir menerima peletakan jawatan Sheikh Khalid. - Bernama