Penyakit lembu gila: JPV pantau kemasukan daging dari Brazil

Iklan
Thailand, Iran dan Jordan telah menggantung sementara import daging lembu dari Brazil susulan laporan kes penyakit lembu gila dikesan di negara berkenaan. - Foto hiasan/123RF

KUALA LUMPUR - Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) akan terus memantau kemasukan bekalan daging lembu import dari Brazil ke negara ini susulan laporan kes penyakit lembu gila di kesaan di negara berkenaan.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu, berkata, kes tersebut adalah atipikal atau lain daripada kebiasaan dan bukan semua tempat mengalami wabak tersebut.

Iklan
Iklan

"Bagaimanapun, Jabatan Veterinar akan sentiasa memantau proses kemasukkannya ke negara ini,” katanya kepada pemberita sebagai mengulas mengenai laporan media baru-baru ini yang memetik Kementerian Pertanian Brazil melaporkan satu kes penyakit lembu gila dikesan di negara itu, bulan lalu.

Susulan itu, media antarabangsa pada Sabtu lepas melaporkan Thailand, Iran dan Jordan telah menggantung sementara import daging lembu dari Brazil.

Iklan

Terdahulu, Mohamad menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Pajakan di antara Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP) bersama tujuh badan berkanun di bawah kementeriannya di Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), di sini, pada Selasa.

Turut menyaksikan perjanjian adalah Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad. - Bernama

Iklan