Bom paip diubah suai, puluhan peledak rendah ditemukan

Iklan
Pihak berkuasa memeriksa gereja yang menjadi sasaran serangan kejam, semalam.

COLOMBO - SRI LANKA. Sebuah bom paip yang diubah suai (IED) telah ditemukan berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Bandaranaike di ibu negara.

Pasukan tentera udara bagaimanapun berjaya memindahkan dan menghapuskan bom berukuran 1.8 meter tersebut.

Iklan
Iklan

Penemuan bom paip buatan sendiri itu dibuat di sebuah jalan menghala ke terminal utama lapangan terbang terbabit.

Sementara itu, polis turut menemukan 87 bahan peledak rendah di Stesen Bas Persendirian Bastian Mawatha di Pettah, Colombo yang mana 12 daripada objek itu ditemui bertaburan atas tanah manakala selebihnya dijumpai di tempat pembuangan sampah berhampiran. - Agensi

Iklan
Iklan