Beri alasan tumpang tidur ketika dicekup

Iklan
Seorang lelaki memberi alasan menumpang tidur ketika dicekup di rumah seorang wanita di Kulim, pada Rabu.

KULIM - Seorang mekanik memberi alasan menumpang tidur ketika dicekup penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kulim (PADK) di rumah seorang wanita di daerah itu pada Rabu.

Dalam operasi jam 1.42 pagi dilakukan hasil maklumat awam itu, penguat kuasa memberi salam sebelum pintu rumah dibuka seorang lelaki berusia 27 tahun.

Iklan
Iklan

Pegawai Penguat Kuasa PADK, Anwar Shariffudin Mat Saad berkata, hasil pemeriksaan mendapati lelaki dan wanita berusia 49 tahun itu tidak memiliki hubungan suami isteri dan bukan mahram.

"Melalui soal siasat, lelaki itu memberi alasan dia menumpang tidur di rumah wanita itu memandangkan lokasi berdekatan dengan tempat kerjanya.

Iklan

"Lelaki itu memaklumkan merancang untuk berkahwin dengan wanita terbabit pada 18 Mac depan namun belum membuat permohonan," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

"Melalui siasatan, kita dapati wanita terbabit tidak bekerja dan menerima belanja bulanan dari bayaran faedah arwah suaminya," katanya.

Iklan

Beliau memaklumkan, hasil makluman awam mendapati lelaki terbabit kerap datang ke rumah wanita itu.

Tambah beliau, ketika pemeriksaan, seorang remaja perempuan yang merupakan anak kepada wanita itu didapati berada di bilik berasingan.

Sehubungan itu, Anwar Shariffudin berkata, mereka ditahan di bawah Seksyen 25 (a) (b) Enakmen Kanun Jenayah Syariah 2014 Negeri Kedah kerana disyaki berkhalwat.