SELEBRITI dan juga pelawak, Chris Rock mengaku dia akan lebih berhati-hati dengan perbuatan dan perkataan yang digunakan agar tidak menyinggung perasaan orang lain selepas insiden ditampar aktor Will Smith di atas pentas Oscar tahun lalu.
Meski sudah setahun sejak insiden itu berlalu, khalayak dan media masih terus memperkatakan tentang peristiwa yang membuat dunia hiburan bergegar.
"Saya akan berusaha membuat persembahan tanpa melukakan orang lain.
Menerusi satu temu bual khas berkaitan komedi di Netflix, Chris Rock mengaku dia juga sudah penat bercakap tentang isu yang sama.
Meski demikian, dia sekali lagi membuka mulut tentang insiden ditampar Smith selepas mempersenda penampilan botak isteri aktor itu kerana sakit.
Pendek tapi padat, Chris mengaku layangan lempang yang singgah di mukanya menyakitkan.
Rock, 58, juga mengatakan jika ada orang memberitahu perkataan lebih menyakitkan daripada dipukul, barangkali individu tersebut tidak pernah dikasari.
"Anda tahu ada yang menyatakan kata-kata lebih menyakitkan. Sesiapa yang berkata demikian tidak pernah ditumbuk pada wajahnya,” kata Rock seperti dilaporkan CNN.