vivo V27e peranti terbaik untuk kaki media sosial

Iklan

Telefon pintar dan kecanggihan kamera tak boleh dipisahkan. Ini kerana corak gaya hidup pengguna juga mengalami revolusi seiring dengan kemajuan platform media sosial. Sebab itulah kalau boleh setiap momen dalam kehidupan mahu dirakam dan dikongsikan di alam maya.

Melihat kepada keterujaan para pengguna gajet pintar hari ini, vivo kembali menawarkan satu peranti baharu yang mampu memenuhi keinginan untuk merakam gambar yang lebih ‘real’ dengan melancarkan vivo V27e.

Iklan
Iklan

Aura Light jadikan foto lebih ‘bernyawa

Telefon pintar penuh keunggulan serba baharu ini didatangkan dengan kamera 64MP OIS Ultra-sensing, 2MP kamera bokeh dan 2MP kamera mikro pada bahagian belakang, serta 32MP kamera selfie pada kamera hadapan.

Iklan

Lebih menakjubkan, vivo V27e ini dilengkapi dengan teknologi terbaharu iaitu Aura Light yang menjadikan gambar yang dirakam lebih ‘bernyawa’ biarpun dalam persekitaran kurang cahaya. Jadi keinginan untuk merakam gambar di waktu malam bukan lagi jadi satu isu. Rakamlah sepuas-puasnya dan mengikut kehendak anda.

vivo V27e tampil dengan tagline yang lebih mesra foto malam, ‘Aura Portrait, For Picture-perfect Night’, dan menjadikan peranti pintar ini sesuai untuk seisi keluarga tanpa kira had usia. Malah ia juga sesuai untuk mereka yang aktif menghasilkan konten untuk media sosial. Fungsi butang pada bahagian tepi peranti membolehkan pengguna mengawal sendiri kemasukan cahaya pada lensa kamera seumpama beraksi di studio dan seperti jurufoto profesional.

Iklan

Tapi kalau anda masih mahu merakam gambar dengan cara biasa tanpa kawalan cahaya manual, usah risau sebab fungsi cahaya pada Aura Light diubah secara automatik menggunakan Optical Image Stabilization (OIS), sesuai dengan keadaan sekitar anda, tanpa menghasilkan ‘flashlight’, seperti kebanyakan telefon pintar lain.

Gaya menawan dan warna trendy

Kalau bercerita pula daripada segi penampilan dan reka bentuk fizikalnya,vivo V27e kali ini tampil dengan rekaan yang agak estetik, yang menawarkan warna pastel dan trendy Lavender Purple dan Glory Black.

LAVENDER PUPRLE

GLORY BLACK

Kerangka badan peranti pintar terbaharu ini pula dihiasi dengan corak yang diihamkan bunga lavender. Bukan itu sahaja, peranti ini turut memberikan kesan Fluorite AG yang memberikan pantulan dan kilauan cahaya yang lebih cantik pada kerangkanya.

Dari segi rekaan pula, vivo V27e ini mempunyai ketebalan 7.69mm iaitu 1.2mm lebih nipis daripada siri V yang sebelumnya. Ini menjadikan peranti ini lebih selesa dipegang, dimuatkan dalam poket dan digunakan untuk kegunaan harian. Paling penting vivo V27e dijual pada harga RM1,299 sahaja!

Menjadi seorang pencipta kandungan mahupun pempengaruh pasti memerlukan anda menangkap gambar atau membuat rakaman yang banyak. Jadi, tentu sekali anda memerlukan storan peranti yang besar bagi menyimpan semua ini bukan? Oleh itu, vivo V27e ini dilengkapi dengan storan 8GB RAM dengan 256GB ROM. Namun, sekiranya ia masih tidak mencukupi, anda boleh perluaskan lagi storan sehingga 8GB bagi memenuhi keperluan anda.

Prestasi menakjubkan untuk kehidupan harian

Bagi mereka yang aktif bermedia sosial mahupun anda sentiasa mencipta konten untuk platform Facebook, Instagram mahupun Tiktok, soal storan peranti sudah pastinya menjadi keutamaan kerana anda mahu simpan banyak foto dan video kan? Jadi vivo V27e yang dilengkapi dengan storan 8GB RAM dengan 256GB ROM adalah pilihan tepat untuk keselesaan anda. Kalau dengan jumlah storan itu pun masih tak cukup untuk anda, jangan bimbang sebab anda anda boleh memperluaskannya lagi sehingga 8GB!.

Bila setiap detik anda asyik merakam foto mahupun video untuk memenuhi akaun media sosial, pastinya penggunaan bateri juga agak rancak. Tapi dengan vivo V27e ini, isu itu bukan masalah besar kerana peranti ini memuatkan bateri sebesar 4600mAH yang tahan lama, dan turut disokong dengan pengecasan pantas 66W FlashCharge yang dapat mengecas peranti dari 0 peratus hingga 50 peratus dalam masa 18 minit sahaja.

Turut memberi nilai tambahan pada prestasi bateri adalah penawaran fungsi Ultra Long Standby, yang membantu memanjangkan jangka hayat bateri peranti dan seterusnya memberikan anda pengalaman penggunaan optimum dalam tempoh jangka masa yang lama.

Paparan jelas, audio mengagumkan

Paparan bagi vivo V27e tak boleh lagi dipertikaikan kerana ia dilengkap dengan sistem visual yang cukup imersif, menggunakan paparan 120Hz Sunlight AMOLED Display, yang menjadikan kualiti paparan cukup jelas dan lancar.

Manakala dari aspek audio pula, ia akan memberikan suatu pengalaman yang mengagumkan untuk anda dengan sistem All Round Audio Enhancement. Aktiviti anda ketika mendengar muzik mahupun menonton video yang lebih puas kerana kualiti audionya.

Malah jika anda berhibur untuk jangka masa panjang pun tak jadi masalah kerana dengan sistem penyejukan peranti V27e ini memberikan elemen penyejukkan. Apatah lagi dengan fungsi Game Boost Mode, 4D Game Vibration dan Motion Control juga turut tersedia untuk memberi ruang kepada anda dalam menikmati visual terbaik ketika bermain permainan video kegemaran anda.

Pendek kata vivo V27e ini memberi kepuasan daripada pelbagai sudut sama ada kecanggihan kamera, pesona rekaan, keunggulan prestasi sehingga kepada storan yang besar. Ia juga boleh dianggap sebagai peranti untuk semua orang tak kira anda pengguna muda mahupun yang sudah berusia.