Barcelona nafi rasuah pengadil

Iklan
Laporta

PRESIDEN Barcelona, Joan Laporta menegaskan kelab itu tidak pernah 'membeli pengadil' susulan pendedahan daripada kes Negreira.

Bulan lalu, penyiar SER Catalunya mendakwa Barcelona telah membayar €1.6 juta (RM7.6 juta) kepada syarikat Jose Maria Enriquez Negreira iaitu bekas naib presiden Jawatankuasa Teknikal Pengadil (CTA) Sepanyol antara tahun 2016 dan 2018.

Iklan
Iklan

Akhbar El Pais mendakwa syarikat Negreira iaiatu DASNIL 95 SL menghasilkan laporan bertulis dan penilaian video terhadap pengadil sebelum perlawanan.

Barcelona menafikan sebarang salah laku pada masa itu selain menegaskan laporan teknikal yang berkaitan dengan pengadilan profesional adalah amalan biasa dalam kalangan kelab bola sepak profesional.

Iklan

Barcelona kemudiannya dilaporkan berhenti membuat pembayaran kepada Negreira selepas dia tidak lagi menjadi naib presiden CTA.

"Biar saya jelaskan, Barca tidak pernah membeli pengadil dan tidak mempunyai niat untuk membeli pengadil. Sama sekali tidak pernah.

Iklan

"Kekuatan fakta bercanggah dengan mereka yang cuba mengubah cerita. Kami melakukannya dengan baik sekali lagi, tidak ada yang tidak disengajakan," katanya.

Laporta juga seolah-olah menyifatkan skandal itu adalah sebahagian daripada konspirasi untuk mencemarkan reputasi Barcelona selepas keengganan mereka untuk menandatangani perjanjian LaLiga dengan dana ekuiti persendirian CVC Capital Partners.