Lebih 100,000 kes Covid-19 kanak-kanak di AS empat minggu lalu

Iklan
Gambar hiasan - Foto fail Reuters

LOS ANGELES - Lebih 106,000 kes jangitan Covid-19 membabitkan kanak-kanak dilaporkan di Amerika Syarikat dalam tempoh empat minggu lepas, menurut laporan American Academy of Pediatrics (AAP) dan Persatuan Hospital Kanak-kanak.

Menurut laporan itu, hampir 15.5 juta kanak-kanak di negara ini telah dijangkiti Covid-19 sejak wabak itu menular, lapor Xinhua.

Iklan
Iklan

Dalam tempoh lima bulan lalu, kes jangkitan membabitkan kanak-kanak yang dilaporkan secara mingguan telah meningkat pada purata kira-kira 32,000 kes.

Terdapat keperluan untuk mengumpul lebih banyak data khususnya melibatkan umur bagi menilai tahap penyakit yang berkaitan dan varian baharu serta potensi kesan jangka panjang.

Iklan

Menurut AAP, terdapat kesan segera terhadap kesihatan kanak-kanak, tetapi kesan berpanjangan terhadap fizikal, mental dan kesejahteraan sosial generasi kanak-kanak dan belia juga perlu dikenal pasti. - Bernama/Xinhua

Iklan