[VIDEO] Hadi didesak tarik balik kenyataan jatuhkan kerajaan

Iklan
Abbas Azmi (tengah) bersama memorandum untuk diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong di Pintu 3 Istana Negara pada Rabu.

KUALA LUMPUR – [DIKEMAS KINI] Parti Amanah Negara (Amanah) menghantar memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong berhubung kenyataan bahawa Perikatan Nasional (PN) mahu 'menjatuhkan' Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Naib Ketua Pemuda Amanah, Abbas Azmi berkata, memorandum itu dihantar bagi mendesak Timbalan Pengerusi PN, Tan Sri Abdul Hadi Awang menarik balik kenyataan yang disifatkan sebagai biadap dan melanggar titah Yang di-Pertuan Agong.

Iklan
Iklan

"Abdul Hadi dengan jelas tidak menghormati institusi raja berperlembagaan di negara ini.

"Kalau dia enggan tarik balik, harap Yang di-Pertuan Agong dan raja-raja Melayu mempertimbangkan untuk tarik balik darjah kebesaran yang beliau peroleh daripada institusi raja di negara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar di pekarangan Pintu 3, Istana Negara pada Rabu.

Iklan

Turut hadir, Ketua Pemuda Pakatan Harapan Wilayah Persekutuan, Asmaaliff Abdul Adam.

Menurut Abbas, Yang di-Pertuan Agong banyak kali bertitah dari penggal pertama sidang Parlimen yang mahu semua mempertahan dan memulihkan negara selain Seri Paduka Baginda mengharapkan tidak ada pertukaran kerajaan lagi selepas ini.

Iklan

"Kesan kepada ketidakstabilan politik ini menyebabkan ekonomi menjadi malap dan pelabur asing tidak berminat untuk melabur di negara kita.

"Sudahlah ekonomi kita jatuh disebabkan Covid-19, Abdul Hadi pula mengaku ada perancangan untuk menukar sekali lagi kerajaan,” katanya.

Jelasnya, sebagai ahli politik senior berimejkan Islam, Abdul Hadi sepatutnya bersama kerajaan memulihkan negara demi rakyat bukannya gila kuasa mahu menjatuhkan kerajaan.

"Paling tidak boleh diterima Abdul Hadi juga berkata tidak ada siapa yang boleh menghalang jika berlaku pertukaran kerajaan sedangkan titah Tuanku sendiri semua ahli Parlimen menumpukan kepada pembangunan negara,” ujarnya.

Abbas berkata, satu laporan polis turut akan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi berhubung isu yang sama agar siasatan dapat dibuat ke atas Presiden Pas itu.


MOJO LIVE 8 MAC 2023

[MOJO LIVE] Penyerahan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong berhubung tindakan Ahli Parlimen Marang di Istana Negara, Kuala Lumpur, lapor wartawan Sinar Harian, Izwan Rozlin.

Memorandum itu dihantar oleh Biro Mobilisasi Parti Amanah dan turut menyarankan penarikan balik pingat dan kebesaran yang dianugerahkan kepada Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Naib Ketua Pemuda Amanah, Abbas Azmi berkata memorandum itu dihantar bagi mendesak Abdul Hadi menarik balik kenyataan yang disifatkan melanggar titah Yang di-Pertuan Agong.

Artikel: https://bit.ly/3mAp4ld

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian" />