SLoan adalah sebuah produk pembiayaan digital yang ditawarkan oleh SeaMoney Capital Malaysia Sdn Bhd, yang telah diberikan lesen pinjaman wang di bawah Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 oleh Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT).
SLoan memberikan pembeli Shopee lebih fleksibiliti kewangan untuk memenuhi keperluan mereka dan melengkapkan cara pengurusan kewangan peribadi dengan cara yang mudah dan selamat. Serupa dengan itu, SLoan membantu penjual Shopee mengukuhkan modal kerja jangka pendek mereka dan memberi kapasiti kewangan yang lebih besar untuk meningkatkan dan mengembangkan perniagaan.