Najib sambung pelajaran pasca siswazah dalam penjara

Iklan
Najib

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang kini menjalani hukuman di Penjara Kajang, dilapor mengisi masanya dengan menyambung pelajaran di peringkat pasca siswazah.

Menurut laporan Sin Chew Daily, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, tindakan Najib menyambung pengajian bukan perkara luar biasa.

Iklan
Iklan

Menurutnya, ada dalam kalangan banduan melanjutkan pelajaran sehingga tamat doktor falsafah (PhD) ketika menjalani hukuman penjara.

"Najib kini mengisi masanya dengan melanjutkan pelajaran di peringkat pascasiswazah.

Iklan

Pada masa sama, menurut laporan berkenaan, Saifuddin berkata, Najib tidak mempunyai sebarang akses kepada media sosial sepanjang berada di penjara.

"Dia secara fizikalnya dipenjara di Kajang namun, dia (Najib) ada pasukan medianya tersendiri.

Iklan

"Saya dimaklumkan mereka ada 'username' dan 'password' serta mereka boleh memuat naik pandangannya di media sosial," katanya.

Najib yang juga bekas Ahli Parlimen Pekan menjalani hukuman penjara 12 tahun kerana didapati bersalah menyeleweng dana SRC International Sdn Bhd.

Bekas Presiden UMNO berusia 70 tahun itu juga masih berdepan tiga lagi kes mahkamah termasuk penyelewengan RM2.3 bilion dana 1MDB yang kini di peringkat perbicaraan dan setakat ini, pendakwaan telah memanggil 44 saksi.

Dua lagi kes membabitkan pecah amanah jenayah berjumlah RM6.6 bilion berhubung pembayaran kepada International Petroleum Investment Company (IPIC) dan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International sebanyak RM27 juta, yang masing-masing masih di peringkat pengurusan kes.