Isteri ketiga mengaku rosakkan kereta, motosikal suami

Iklan
Tertuduh (tengah) ketika dihadapkan di Mahkamah Majistret Kemaman pada Rabu.

KEMAMAN - Seorang peniaga kedai emas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Kemaman di sini pada Rabu atas dakwaan melakukan perbuatan khianat dengan merosakkan cermin kereta dan motosikal berkuasa tinggi milik suaminya, Ahad lalu.

Tertuduh, Siti Fazira Mohd Sofian, 28, yang juga isteri ketiga membuat pengakuan selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Majistret Sharifah Amirda Shasha Amir Shariffuddin.

Iklan
Iklan

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa sengaja melakukan khianat dengan mengetuk cermin hadapan dan belakang kereta jenis Mercedes-Benz dan merosakkan bahagian belakang motosikal berkuasa tinggi jenis Honda Gold Wing menggunakan bakul mengisi buah.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di rumah madunya yang juga isteri kedua suaminya di kawasan perumahan di Chukai di sini kira-kira jam 2.15 petang.

Iklan

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM4,000 oleh seorang penjamin dan menetapkan 15 Mac ini untuk fakta dan hukuman kes.

Iklan