Jalaluddin tawar diri pertahan jawatan MKT UMNO

Iklan
Jalaluddin

JELEBU - Ketua UMNO Bahagian Jelebu, Datuk Seri Jalaluddin Alias menawarkan diri untuk mempertahankan jawatan sebagai Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada pemilihan parti itu.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Jelebu berkata, keputusan itu dibuat demi kelangsungan pejuangan mempertahankan agama, bangsa dan tanah air.

Iklan
Iklan

"Sehingga kini UMNO masih kekal relevan dan utuh di persada politik tanah air malah antara tonggaknya adalah melalui semangat ahli-ahli parti yang setia," ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.

Ujarnya, mereka ini yang sentiasa setia dan terus menyokong parti tatkala senang, apatah lagi ketika susah.

Iklan

"Jadi berpaksikan prinsip itulah, saya sekali lagi menawarkan diri untuk bertanding sebagai MKT UMNO pada sesi kali ini selain memastikan parti keramat ini kekal relevan dalam apa juga keadaan dan peringkat.

"Semoga kita dapat membawa parti ke suatu harakat yang lebih tinggi dan cemerlang, Insya-ALLAH," katanya.

Iklan