'Pembangkang keliru dengan konsep Belanjawan 2023' - Rafizi

Iklan
Rafizi - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli menyifatkan pembangkang keliru dengan keseluruhan konsep Belanjawan 2023 ekoran mempersoalkan berkenaan sasaran defisit lima peratus seperti yang dibentangkan.

Menurut beliau, dalam masa setahun pembangkang bukan sahaja terduduk, malahan akan melihat satu keajaiban kerana kerajaan mampu mencapai defisit tersebut.

Iklan
Iklan

"Ahli Parlimen Larut (Datuk Seri Hamzah Zainudin) dan Pendang (Datuk Awang Hashim) kedua-duanya mempersoalkan mengenai sasaran defisit lima peratus. Larut berhujah, kalau pertumbuhan ekonomi 2023 diunjurkan pada 4.5 peratus, katanya mana mungkin defisit boleh lima peratus.

"Pendang lagi hebat, katanya kalau tengok kepada Belanjawan 2023 tidak ada hasil baharu, maka adalah menjadi satu keajaiban sebenarnya kalau defisit lima peratus ini dapat dicapai oleh kerajaan.

Iklan

"Insya-ALLAH, dalam tempoh satu tahun dari sekarang, Pendang akan melihat keajaiban buat kali pertama dalam hidup dia. Bukan sahaja terduduk dia akan lihat keajaiban kali pertama. Kita capai defisit lima peratus ini kalau pembangkang faham mengenai belanjawan dan unjuran,” katanya dalam sesi penggulungan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat pada Rabu.

Tambah beliau, Belanjawan 2023 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah berdasarkan kepada beberapa unjuran utama termasuk kadar pertumbuhan ekonomi, harga komoditi utama seperti petroleum dan sawit.

Iklan

Jelasnya, melalui unjuran tersebut, kerajaan dapat melakukan anggaran hasil yang dipungut seterusnya membandingkan hasil itu dengan keperluan belanja mengurus dan pembangunan.

"Berapa banyak jumlah belanja pembangunan sebenarnya bergantung kepada sasaran defisit yang telah ditetapkan oleh kerajaan kerana ia dibayar dengan hutang.

"Kalau kerajaan tetapkan lima peratus defisit, maksudnya ada jumlah hutang yang khusus kerajaan ambil dan kerajaan akan berbelanja di dalam jumlah yang telah diambil,” katanya.