SHAH ALAM - Tiada unsur salah guna kuasa dalam keputusan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memberikan pengecualian kepada UMNO agar jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan dalam pemilihan parti tahun ini.
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, beliau melihat tiada isu salah guna kuasa dilakukan Saifuddin kerana Setiausaha Agung PKR itu menggunakan budi bicara seperti diperuntukkan oleh Seksyen 70 Akta Pertubuhan 1966.