Semua lorong laluan selatan Kuala Kangsar-Ipoh masih ditutup

Iklan
Kerja-kerja pengalihan lori sedang dilakukan dengan bantuan kren. - Foto Bomba Perak

IPOH - Semua lorong di Lebuhraya Utara Selatan arah selatan laluan Kuala Kangsar-Ipoh masih ditutup setakat jam 8 pagi pada Khamis.

Penutupan dibuat bagi kerja pengalihan dan pembersihan yang disebabkan kemalangan sebuah lori tangki hingga mengakibatkan berlaku kebocoran dua tangki petrol.

Iklan
Iklan

Twitter @Plustrafik dalam ciapannya pada 8.07 pagi memberitahu, laluan kontra masih lagi diaktifkan.

Trafik perlahan sepanjang 2.5 kilometer arah selatan manakala arah utara kenderaan perlahan sejauh 1 kilometer.

Iklan

Dalam kejadian jam 6 petang itu, sebuah lori tangki membawa muatan petroleum terbabas ke bahu jalan dan mengakibatkan berlakunya kebocoran pada dua tangki petrol.

Maklumat kejadian itu diterima Balai Bomba dan Penyelamat Meru Raya pada jam 6.17 petang.

Iklan

Ketua Operasi, Shahrudi Muhamad Halil berkata, maklumat awal mendapati, lori tangki berkenaan membawa 27,000 liter muatan petrol dan diesel.

Kerja-kerja pengalihan dan pembersihan yang dilakukan di lokasi kejadian.- Foto Bomba Perak


"Kerja-kerja pengalihan lori sedang dilakukan dengan bantuan kren," katanya.

Operasi turut melibatkan Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh dan Tapah.