Kehadiran penyokong tanda sokongan kuat - Azmin Ali

Iklan
Mohamed Azmin antara pemimpin yang hadir bagi memberi sokongan terhadap Muhyiddin di SPRM Putrajaya pada Khamis.

PUTRAJAYA - Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyifatkan kehadiran ramai penyokong Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di hadapan bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini sebagai tanda sokongan kuat.

Menurutnya, pihaknya yakin Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak bersalah.

Iklan
Iklan

"Alhamdulillah, saya bersyukur kerana sokongan cukup kuat, kita yakin Tan Sri (Muhyiddin) tidak bersalah dan tidak wajar dipertuduhkan atas apa juga pertuduhan.

"Bagaimanapun sebagai pendukung parti yang sentiasa menegaskan prinsip kebertanggungjawaban, ketelusan integriti dan tolak rasuah serta kleptokrat akan terus bersama beliau (Muhyiddin)," katanya ketika ditemui di sini pada Khamis.

Iklan

Tambah Mohamed Azmin, pihaknya juga melihat ada usaha untuk melumpuhkan kebangkitan rakyat.

Sebelum itu, Muhyiddin mengesahkan beliau telah dipanggil untuk memberi keterangan di SPRM pada pukul 11 pagi pada Khamis.

Iklan

Difahamkan ia berkaitan siasatan SPRM ke atas dana parti terbabit.

ARTIKEL BERKAITAN: Laungan ‘Hidup Tan Sri' sambut Muhyiddin di SPRM

ARTIKEL BERKAITAN: Muhyiddin akan didakwa esok

ARTIKEL BERKAITAN: Tuan Ibrahim dakwa kes Muhyiddin pertuduhan terpilih

ARTIKEL BERKAITAN: Kehadiran penyokong tanda sokongan kuat - Azmin Ali

ARTIKEL BERKAITAN: Penyokong Muhyiddin berkumpul depan pejabat SPRM

ARTIKEL BERKAITAN: Hanya petugas media, penyokong Muhyiddin masih belum kelihatan

ARTIKEL BERKAITAN: Muhyiddin ke SPRM esok