[VIDEO] Kerajaan belum 'menoktahkan' pelaksanaan semula GST

Iklan
Ahmad Maslan ketika sesi soal jawab pada Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen ke-15 di Bangunan Parlimen pada Khamis. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Kerajaan belum 'menoktahkan' kemungkinan pelaksanaan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada masa akan datang, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Beliau berkata, kerajaan masih lagi mengkaji impak pelaksanaan GST dalam situasi ekonomi semasa dan menilai waktu yang sesuai untuk ia diperkenalkan semula bagi membantu meningkatkan hasil negara.

Iklan
Iklan

"Kerajaan belum bercadang untuk mengembalikan GST seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2023. Namun, kita masih lagi tidak menoktahkan (perbincangan) GST ini, cuma ia tidak akan dilaksanakan pada tahun ini.

Beliau menjawab soalan RSN Rayer (PH-Jelutong) yang ingin tahu sama ada Kerajaan Perpaduan akan memperkenalkan semula GST yang telah membebankan rakyat sebelum ini.

Iklan

Dalam pada itu, Ahmad menjelaskan GST telah dilaksanakan oleh kira-kira 90 peratus negara dari seluruh dunia termasuk negara yang mengenakan cukai dikenali sebagai Cukai Nilai Tambah (VAT).

"Sebanyak 174 negara telah melaksanakan GST dan tidak mungkin mereka silap dalam membuat keputusan.

Iklan

"Oleh itu, pada masa depan, GST ini boleh membantu (negara) mendapatkan pendapatan yang lebih, yang seterusnya boleh digunakan untuk membantu rakyat yang susah dan menoktahkan kemiskinan,” katanya. - Bernama