YBR bantu 171 keluarga mangsa banjir

Iklan
Mohamad Ghazali (dua dari kiri) dan Bastien (tengah) menyerahkan sumbangan YBR kepada mangsa banjir di Dewan Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Islam, Gemereh Segamat, Johor.

SHAH ALAM - Kira-kira 171 keluarga mangsa banjir sekitar Segamat, Johor menerima bantuan tunai daripada Yayasan Bank Rakyat (YBR) bagi meringankan beban ditanggung mereka.

Pengurus Besar Yayasan Bank Rakyat, Syaiful Rizal Abdul Ghani berkata, bantuan sebanyak RM44,200 yang disediakan YBR itu dengan setiap keluarga mangsa banjir menerima sumbangan RM200.

Iklan
Iklan

Kata beliau, bantuan khas itu diberikan kepada setiap keluarga dikenalpasti melalui Persatuan Belia Generasi Merdeka bagi memudahkan proses pengagihan bantuan.

"Pihak kami amat bersimpati dengan kerugian yang dialami disebabkan oleh bencana ini dan sedikit sebanyak ia dapat membantu mereka dalam menyediakan keperluan asas pasca banjir,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Iklan

Majlis penyerahan bantuan disempurnakan oleh Penaung Persatuan Belia Generasi Merdeka, Datuk Bastien Onn di Dewan Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Islam, Gemereh Segamat.

Turut hadir, Pengurus Jabatan Komunikasi Korporat YBR, Mohamad Ghazali Zainal Abidin.

Iklan

Tambah Syaiful Rizal, usaha murni itu diharapkan dapat memberi sedikit kegembiraan buat mereka terkesan dalam meringankan beban kewangan menguruskan persediaan anak-anak yang bakal kembali ke sekolah pada pertengahan bulan ini.

Sementara itu, Bastien menzahirkan ucapan terima kasih kepada pihak YBR kerana menyantuni mereka yang terkesan.

"Selain diharapkan dana yang diagihkan dapat digunakan bagi mendepani musibah banjir dan menjalani kehidupan harian seperti biasa,” ujarnya.

Pada 2022, Yayasan Bank Rakyat telah memperuntukkan lebih RM800,000 bagi pemberian sumbangan dalam membantu mereka yang kurang bernasib baik serta bertujuan untuk meningkatkan kesejahteraan sosio-ekonomi penerima melalui pembangunan pendidikan, pemerkasaan masyarakat serta bantuan penjagaan kesihatan.