AGC fail notis rayuan, keputusan kes pinda laporan audit 1MDB

Iklan
Mahkamah Tinggi telah melepas dan membebaskan Najib Razak (kiri) dan Arul Kanda daripada pertuduhan meminda laporan audit 1MDB pada 3 Mac lepas.

KUALA LUMPUR - Jabatan Peguam Negara (AGC) telah memfailkan notis rayuan untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang melepas dan membebaskan Datuk Seri Najib Tun Razak serta bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy daripada pertuduhan meminda laporan audit 1MDB.

Sumber pendakwaan, yang mengesahkan perkara itu, berkata notis tersebut difailkan pada Khamis.

Iklan
Iklan

Najib, 70, yang sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun kerana menyeleweng dana SRC International Sdn Bhd, didakwa menggunakan kedudukannya untuk mengarahkan pindaan dilakukan terhadap laporan akhir audit 1MDB sebelum dibentangkan kepada PAC bagi mengelakkan sebarang tindakan diambil terhadapnya.

Arul Kanda, 45, pula didakwa bersubahat dengan Najib dalam membuat pindaan tersebut bagi melindungi bekas perdana menteri itu daripada tindakan tatatertib, sivil atau jenayah berkaitan 1MDB.

Iklan

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Kompleks Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya antara 22 dan 26 Februari 2016.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 23 (1) dan 24 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang memperuntuk hukuman maksimum penjara 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan. - Bernama

Iklan