MAINPP nafi dakwaan Zainul Asri

Iklan
Ahmad Zakiyuddin

GEORGETOWN - Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) menafikan dakwaan seorang penceramah bebas, Ustaz Zainul Asri Mohd Romli berhubung sebuah masjid di Pulau Pinang kini menjadi tempat ibadat orang bukan Islam.

Yang Dipertua MAINPP, Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman berkata, susulan daripada itu, pihaknya menuntut permohonan maaf secara terbuka daripada penceramah bebas tersebut kerana kenyataan tidak benarnya itu boleh menyebabkan salah anggap dalam kalangan masyarakat khususnya di negeri ini.

Iklan
Iklan

Menurutnya, menerusi video kuliahnya di TikTok pada 14 Februari lalu, Zainul Asri mendakwa sebuah masjid di Pulau Pinang yang dulu dimiliki India Muslim kini menjadi tempat ibadat orang bukan Islam selepas pemiliknya pulang ke India.

"Kenyataan penceramah bebas itu nyata tidak benar dan MAINPP menafikan sekeras-kerasnya. Kenyataan melalui kuliah dalam aplikasi Tik Toknya itu boleh menimbulkan salah anggap dalam kalangan masyarakat selain boleh menimbulkan perbalahan antara kaum dan agama di negeri ini.

Iklan

"Ia juga dilihat satu tuduhan liar. Secara fakta merujuk kepada 'Interim Register' lot yang dimaksudkan, terdapat 20 pemegang amanah asal bagi Kong Hock Keong Temple menerusi Perintah Mahkamah (Peletakan Hak) Jilid 2, Fol. 61 pada 28 Disember 1973.

"Seterusnya, berlaku pertukaran pemegang amanah disebabkan kematian. Lot 523 ini adalah terbitan daripada Lot 71 (2) TS 19, daerah Timur Laut dan lot tanah itu berstatus gred 1," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Iklan

Tambah beliau, pada asalnya (rujukan Deed Poll bertarikh 10 Julai 1888), tanah itu dimiliki pemegang amanah berkenaan bagi Kong Hock Keong Temple No 30 Pitt Street menerusi Geran No 2420 tahun 1838.

"Ia adalah pemberian daripada 'The Public Seal of the Colony' oleh Gabenor dan Komander Negeri-Negeri Selat iaitu Cecil C Smith.

"Oleh itu, MAINPP menuntut permohonan maaf secara terbuka daripada Zainul untuk menjernihkan persepsi negatif yang mula tersebar dalam kalangan umat Islam Pulau Pinang," katanya.