Polis cari dua saksi perbicaraan kes dadah

Iklan
Syafafwati (kiri) dan Tengku Puteri Sofia Diana.

KEMAMAN - Polis mengesan dua wanita dikenali sebagai Syafafwati Hilmi dan Tengku Puteri Sofia Diana Tengku Azlan untuk menjadi saksi perbicaraan kes dadah di Mahkamah Majistret Kemaman minggu depan.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, dua wanita berkenaan adalah saksi perbicaraan kes di bawah Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Iklan
Iklan

"Dua wanita ini dikehendaki hadir sebagai saksi perbicaraan yang akan berlangsung pada 15 dan 16 Mac ini," katanya dalam kenyataan di sini pada Khamis.

Menurut Hanyan, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan boleh menghubungi pegawai penyiasat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman, Inspektor Hanif Effendie Kassim di talian 011-51675886 atau boleh salurkan ke balai polis berdekatan.

Iklan
Iklan