Solat hajat untuk Muhyiddin, Pusat Tarbiyah Pas jadi tumpuan

Iklan
Petugas media mula berkumpul di Pusat Tarbiyah Pas Pusat, Taman Melewar pada Khamis.

KUALA LUMPUR - Pusat Tarbiyah Pas Pusat, Taman Melewar di Kuala Lumpur mula menjadi tumpuan media sejak jam 7 petang, Khamis.

Ia berikutan bakal berlangsungnya majlis solat hajat perdana anjuran parti itu susulan pendakwaan yang berlaku terhadap Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin dan beberapa pemimpin pembangkang.

Iklan
Iklan

Muhyiddin juga dijangka ke markas tersebut untuk program solat hajat.

Muhyiddin dilaporkan ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan penyelewengan dana awam Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa).

Iklan

Bagaimanapun Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan Muhyiddin dibebas dengan jaminan SPRM hari ini.

Muhyiddin bakal menghadapi beberapa pertuduhan mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009 dan Seksyen 4(1)b Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Iklan

Program Jana Wibawa dilaksanakan semasa pandemik Covid-19 dan merupakan kesinambungan daripada Program Pembangunan Kontraktor Binaan Bumiputera Berwibawa yang dijalankan pada 1993.

Pelaksanaannya diluluskan Jemaah Menteri pada 13 November 2020 ketika pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Muhyiddin.