Kota Tinggi daerah keempat bebas banjir

Iklan
Setakat jam 8 malam Khamis, enam daerah melibatkan Batu Pahat, Muar, Tangkak, Segamat, Mersing dan Kluang masih terjejas dengan banjir.

JOHOR BAHRU – Kota Tinggi menjadi daerah keempat yang bebas daripada bencana banjir apabila kesemua pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah berkenaan ditutup setakat jam 8 malam pada Khamis.

Menurut Setiausaha Kerajaan Negeri yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bencana Negeri (JPBN), Tan Sri Dr Azmi Rohani, perkara itu juga menyaksikan jumlah mangsa banjir mencatatkan penurunan dengan mencatatkan seramai 43,856 mangsa daripada 12,260 mangsa masih ditempatkan di 174 pusat pemindahan di enam daerah yang masih terjejas.

Iklan
Iklan

"Batu Pahat merekodkan jumlah mangsa banjir paling ramai dengan 36,508 mangsa di 110 PPS, diikuti Muar (3,791 mangsa di 20 PPS), Tangkak (2,175 mangsa di 19 PPS), Segamat (1,050 mangsa di 20 PPS), Mersing (219 mangsa di tiga PPS) dan Kluang (113 mangsa di dua PPS),” katanya.

Sementara itu, menurut laporan daripada METsementara (PPS) di ribut petir itu dijangka berlaku di Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang dan Mersing.

Iklan

Bagaimanapun katanya, setakat ini, tiada amaran hujan lebat berterusan di Johor.

"Selain itu, beberapa jalan utama di Batu Pahat, Kluang, Kota Tinggi, Kulai, Mersing, Muar, Segamat dan Tangkak juga ditutup ketika ini untuk semua kenderaan.

Iklan

"Bagaimanapun, Jalan Johor Bahru – Seremban di laluan FT001 Seksyen 115.0 di Sungai Temehel dibuka untuk semua semua kenderaan, kecuali motosikal,” katanya.