ISKANDAR PUTERI - Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam kejadian simbah cat serta menampal notis ugutan selain bertindak mengunci pagar lapan rumah di Iskandar Puteri, Seri Alam dan Johor Bahru Selatan sejak 20 Februari lalu.
Menurut Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin, hasil semakan di telefon bimbit milik lelaki berkenaan, terdapat lapan rakaman video kejadian simbah cat yang dipercayai dilakukannya.