Muhyiddin yakin PH akan dihukum rakyat

Iklan
Muhyiddin selesai memberi keterangan kira-kira sembilan jam di Ibu Pejabat SPRM di sini pada Khamis. - Foto Sinar Harian ROSLI TALIB

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin percaya Pakatan Harapan (PH) dan parti yang bersekongkol akan dihukum rakyat dalam pilihan raya.

Dakwanya, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengetahui bahawa PN mendapat sokongan padu daripada rakyat.

Iklan
Iklan

"Saya yakin dan percaya, dengan izin ALLAH jua, Anwar, PH dan parti-parti yang bersekongkol dengannya akan dihukum oleh rakyat dalam pilihan raya," katanya kepada pemberita selepas selesai memberi keterangan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya pada Khamis.

Muhyiddin. - Foto Sinar Harian ROSLI TALIB

Tegas Ahli Parlimen Pagoh itu, beliau tidak bersalah dan akan menjawab segala pertuduhan di mahkamah.

Iklan

Ujarnya, SPRM juga telah mengembangkan pertuduhan terhadapnya menjadi tujuh pertuduhan.

"Tujuannya adalah untuk memalukan saya dengan mengheret saya ke mahkamah esok," katanya.

Iklan