LA PAZ - BOLIVIA. Sekurang-kurangnya 25 orang maut manakala 24 yang lain cedera apabila sebuah bas terjunam ke dalam gaung di bandar Yolosa utara La Paz, semalam.
Bercakap kepada media tempatan, Polis Trafik Kolonel Rodel Cano berkata, pemandu bas terbabit cuba memotong sebuah trak namun gagal sebelum bertembung dengan sebuah lagi kenderaan dari arah bertentangan lalu terbabas ke dalam gaung sedalam 200 meter.
Ketika kejadian, bas kendalian syarikat Totai itu dikatakan dalam perjalanan dari utara La Paz menuju ke bandar Rurrenabaque, di Amazon -Agensi/AFP