Manchester United kembali bertenaga di Old Trafford

Iklan
Pemain Manchester United meraikan jaringan Rashford ketika berdepan Real Betis di Old Trafford. FOTO AGENSI

EMPAT gol dijanakan Marcus Rashford, Antony, Bruno Fernandes dan Wout no Weghorst menyaksikan sensasi Liga Perdana Inggeris, Manchester United menang besar 4-1 ke atas Real Betis dalam perlawanan pertama pusingan 16 terbaik Liga Europa pada Jumaat.

Anak buah Erik Ten Hag yang empat hari sebelum itu diaibkan kekalahan 0-7 kepada Liverpool dalam saingan liga pada Isnin, ternyata memanfaatkan sepenuh peluang di Old Trafford tersebut.

Iklan
Iklan

The Red Devils bermula garang apabila mengunakan corak permainan pantas dan percubaan minit kelima Casemiro diketepikan kerana ofsaid.

Bagaimanapun gawang pelawat akhir bolos apabila Rashford menjaringkan gol ke-25nya musim ini dalam semua pertandingan, selepas mengawal hantaran lintang Fernandes sebelum merembatnya menggembirakan penyokong Old Trafford.

Iklan

Namun begitu, Ayoze Perez, pemain pinjaman dari Leicester City, menjaringkan gol pertamanya untuk Betis pada minit ke-32 bagi kedudukan 1-1 babak pertama.

Tuan rumah kembali menguasai separuh masa kedua, apabila pemain sayap Brazil, Antony meletakkan United di hadapan pada minit ke-52, hasil rembatan kaki kiri dari luar kotak penalti.

Iklan

Enam minit kemudian, Fernandes mengenepikan kritikan yang diterimanya sebagai kapten selepas persembahan hambar menentang Liverpool, dengan tandukan mewaskan penjaga gol Betis, Claudio Bravo.

Weghorst turut meletakkan nama apabila menjaringkan golnya pada minit ke-82 selepas mendapat hantaran pemain gantian Facundo Pellistri.

Sementara itu, beberapa keputusan menyaksikan Juventus menewaskan SC Freiburg 1-0 dan Shakhtar Donetsk seri 1-1 dengan Feyenoord.

Pendahulu Liga Perdana Inggeris, Arsenal seri 2-2 di Sporting Lisbon, AS Roma menewaskan Real Sociedad dari Sepanyol 2-0.

Di Jerman pula, kelab Belgium, Royale Union mengikat Union Berlin dengan keputusan seri 3-3 manakala Bayer Leverkusen menewaskan kelab Hungary, Ferencvaros 2-0.