Conte sedar kemungkinan dipecat

Iklan
CONTE

ANTONIO Conte sedar kemungkinan dia bakal dipecat oleh Tottenham Hotspur selepas pasukan itu tersingkir daripada saingan Liga Juara-Juara.

Spurs telah tewas tujuh daripada 15 perlawanan mereka pada tahun ini dan impian untuk mengapai sebarang trofi juga tidak kesampaian.

Iklan
Iklan

Kempen di saingan Eropah berakhir dengan kekalahan agregat 0-1 kepada AC Milan dalam pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara pada Khamis.

Conte dilantik pada November 2021 dengan kontrak yang akan berakhir akhir musim ini.

Iklan

Bekas pengendali Juventus, Inter Milan dan Itali itu mungkin tidak akan menyambung kontraknya sebaik sahaja kempen tamat, tetapi Tottenham boleh memecatnya jika mereka menganggap Conte tidak memaksimumkan potensi pasukan.

"Saya menghormati kontrak dan pada akhir musim saya akan membuat penilaian yang betul dengan kelab.

Iklan

"Mungkin pasukan boleh menamatkan khidmat saya lebih awal. Bagi seorang jurulatih, apa yang penting ialah meningkatkan persembahan pasukan dan kami agak bergelut tahun ini," katanya.

Tottenham akan melayan kunjungan Nottingham Forest dalam aksi Liga Perdana Inggeris pada Sabtu.