[VIDEO] 'Kita berpanas, tapi tak koyak' - Ahmad Faizal

Iklan
Ahmad Faizal Azumu ketika berucap di hadapan lebih 200 penyokong di pekarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di sini.

KUALA LUMPUR - Kita berpanas tapi kita tak koyak, itu reaksi Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu ketika berucap di hadapan lebih 200 penyokong di pekarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di sini.

Ahmad Faizal berkata, biarpun seharusnya diadakan perhimpunan agung pada hari ini, namun semuanya berkumpul di sini mengiringi pemimpin yang dizalimi.

Iklan
Iklan

"Walaupun dalam keadaan panas kita tetap tidak koyak, bila kita dengar pertuduhan dilontarkan kita amat yakin, abah kita tidak bersalah," katanya.

Lebih 200 penyokong Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkumpul seawal jam 7 pagi, bagi memberikan sokongan berkaitan pertuduhan yang dihadapi beliau.

Iklan

Kawalan ketat pihak polis di sekitar pekarangan Mahkamah Kuala Lumpur bagi memastikan keselamatan dalam keadaan terkawal.

Muhyiddin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat, atas enam pertuduhan salah guna kuasa untuk mendapatkan rasuah berjumlah RM232.5 juta dan pengubahan wang haram sebanyak RM195 juta, antara tahun 2020 hingga 2022 lalu.

Iklan

Muhyiddin, 76, yang hadir ke mahkamah dengan memakai kot hitam tanpa tali leher, membuat pengakuan itu selepas kesemua pertuduhan dibaca di hadapan Hakim Azura Alwi dan Suzana Hussain.