'Kami datang kerana kenang jasa Abah'

Iklan
Lebih 200 penyokong Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkumpul di pekarangan kompleks Mahkamah Kuala Lumpur bagi memberikan sokongan terhadap beliau.

KUALA LUMPUR - Kalau tidak kerana Abah, mungkin saya dah hilang punca kerana masalah dalam perniagaan, demikian luah seorang individu yang juga penyokong Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin di sini.

Individu yang hanya mahu dikenali sebagai Aziz itu berkata, langkah Muhyiddin yang membenarkan pengeluaran wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ketika pandemik Covid-19 lalu disifatkan jasa yang terlalu besar bagi dirinya.

Iklan
Iklan

"Beliau pemimpin yang cakna kepada masalah rakyat, dengan pengeluaran KWSP yang dibenarkan beliau ketika menjadi Perdana Menteri sewaktu pandemik Covid-19 lalu berjaya menyelamatkan perniagaan saya yang bermasalah.

Menurutnya, dia sanggup hadir seawal jam 6 pagi bagi memberikan sokongan terhadap pemimpin Bersatu itu.

Iklan

"Saya datang dari Kedah bersama rakan-rakan yang lain, kami tak kisah walaupun tempuh perjalanan hampir lima jam untuk ke sini.

Lebih 200 penyokong Muhyiddin berkumpul di pekarangan kompleks Mahkamah Kuala Lumpur bagi memberikan sokongan terhadap beliau.

Iklan

Muhyiddin yang juga merupakan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat, atas enam pertuduhan salah guna kuasa untuk suapan dan pengubahan wang haram membabitkan nilai ratusan jutaan ringgit, bermula tahun 2020 lalu.