[VIDEO] 'Terima kasih abang polis'

Iklan
Mohd Ashraf ketika berucap di hadapan lebih 200 penyokong Muhyiddin di pekarangan kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada Jumaat.

KUALA LUMPUR - Laungan 'terima kasih abang polis' bergema di sekitar pekarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di sini pada Jumaat.

Penghargaan itu diberikan lebih 200 penyokong Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin atas kerjasama yang diberikan anggota polis dalam mengawal ketenteraman sekitar kawasan itu.

Iklan
Iklan

Ketua Penerangan Armada Bersatu, Mohd Ashraf Mustaqim Badrul Munir berkata, pihak polis memberikan kerjasama yang terbaik dalam memastikan urusan berjalan lancar.

"Kami ucapkan terima kasih kepada semua yang hadir dan tidak dilupakan juga kepada pihak polis yang menjaga 'Abah' kami," katanya ketika berucap di pekarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada Jumaat.

Iklan

Muhyiddin keluar menerusi pintu utama selepas selesai membayar ikat jamin berjumlah RM2 juta diiringi pimpinan Bersatu antaranya Naib Presiden Bersatu, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee, Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Razali Idris dan beberapa pimpinan Bersatu yang lain.

Laungan Hidup Tan Sri dan Kami Sayang Abah dilaungkan lebih 200 penyokong yang mengiringi kepulangan Presiden Bersatu itu.

Iklan

Muhyiddin yang juga merupakan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat atas enam pertuduhan salah guna kuasa untuk suapan dan pengubahan wang haram membabitkan nilai ratusan jutaan ringgit, bermula tahun 2020 lalu.