Kerja sambilan tak dapat, rugi pula RM45,049

Iklan
Gambar hiasan.

SIBU - Seorang wanita pekerja syarikat swasta mendakwa kerugian RM45,049 apabila menjadi mangsa penipuan dalam talian yang menawarkan pekerjaan sebagai ‘pembantu dalam talian sambilan’ menerusi media sosial.

Mangsa berusia 34 tahun yang bekerja di bahagian operasi sebuah syarikat di sini pada mulanya telah melihat iklan jawatan tersebut dalam media sosial Facebook dan Instagram sebelum menghubungi nombor telefon yang disertakan dalam iklan itu.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Zulkipli Suhaili dalam satu kenyataan berkata, wanita itu kemudiannya diminta untuk mendaftarkan maklumat peribadi dan perbankannya di sebuah laman sesawang bagi membolehkannya mendapat pekerjaan itu.

"Mangsa kemudian diminta untuk membuat beberapa pembayaran ke lima akaun bank berjumlah RM45,049 bagi mendapat komisen untuk barangan yang ditempah menggunakan namanya,” katanya dan menambah wanita itu membuat laporan polis pada Rabu lepas selepas menyedari ditipu.

Iklan

Susulan kes itu, Zulkipli menasihati orang ramai agar tidak mudah terpedaya dengan sebarang tawaran di media sosial yang menawarkan pulangan yang lumayan.

Beliau berkata, orang ramai perlu menyemak terlebih dahulu syarikat atau agensi yang terbabit sebelum menerima apa-apa tawaran pekerjaan.

Iklan

Katanya semakan boleh dibuat melalui balai polis yang berdekatan atau di laman sesawang http://semakmule.rmp.gov.my, CCID Infoline di 013-2111222, CCID Response Centre di 03-26101559/03-26101599, https://www.facebook.com/CyberCrimeAlertRMP dan Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di talian 997. - Bernama