Srikandi Bersatu tubuh tabung 'hibah Abah'

Iklan
Tabung 'hibah Abah' diedarkan kepada 450 perwakilan dalam Persidangan Agung Tahunan Srikandi Bersatu Malaysia 2022 di Menara PGRM pada Jumaat.

KUALA LUMPUR - Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menubuhkan tabung 'hibah Abah' sebagai solidariti bagi membantu Presiden parti itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Tabung tersebut diedarkan kepada 450 perwakilan dalam Persidangan Agung Tahunan Srikandi Bersatu Malaysia 2022.

Iklan
Iklan

Tabung itu adalah sebagai sokongan kepada parti dan Muhyiddin yang didakwa di mahkamah atas tuduhan salah guna kuasa.

Bagi dua lagi pertuduhan, Muhyiddin juga didakwa menerima hasil daripada aktiviti haram, iaitu wang berjumlah RM195 juta daripada Bukhary Equity, yang dimasukkan ke akaun CIMB Bank milik Bersatu pada 25 Februari 2021 dan 8 Julai 2022.

Iklan

Bagaimanapun, pada Jumaat, Muhyiddin Yassin selesai membayar wang ikat jamin sebanyak RM2 juta di kaunter Pendaftaran Jenayah Mahkamah Sesyen di sini menerusi dua penjamin, iaitu dua anaknya.

Iklan