Kerjasama UMNO-PH uji keputusan PRN akan datang

Iklan
Armand Azha ketika program Sinar Live bertajuk 'Kalau UMNO masih tak berubah' yang diadakan di Kompleks Karangkraf pada Jumaat. - Foto SINAR HARIAN/ROSLI TALIB

SHAH ALAM - Calon Ketua Pemuda UMNO, Datuk Armand Azha Abu Hanifah menolak dakwaan kerjasama UMNO dan Pakatan Harapan (PH) dalam pembentukan kerajaan menjadi punca keretakan dalam kalangan ahli parti tersebut.

Beliau sebaliknya melihat kerjasama itu sebagai satu strategi untuk mengembalikan sokongan pengundi daripada kalangan bukan bumiputera terutama di kawasan bandar.

Iklan
Iklan

"Hari ini kita kena berani menyatakan pendirian kita terutama kepada rakan kongsi baru kita memandangkan ini kerjasama Kerajaan Perpaduan membenarkan UMNO bertanding di kerusi urban dan semi urban,” katanya ketika program Sinar Live bertajuk 'Kalau UMNO masih tak berubah' yang diadakan di Kompleks Karangkraf, pada Jumaat.

Sementara itu, Armand Azha turut berhasrat untuk bertanding sebagai calon bagi kawasan bandar bagi menguji penerimaan rakyat terhadap UMNO.

Iklan

"Saya kalau nak bertanding ada kerjasama dengan PH, saya nak bertanding di kawasan bandar. Kalau boleh saya nak bertanding di kawasan saya sendiri iaitu Subang Jaya.

"Strategi Pilihan Raya Negeri (PRN) merupakan tempat untuk menguji strategi politik yang begitu mencabar sebab ini akan memberikan satu isyarat kepada rakyat dan juga kepada parti adakah strategi kita benar atau tidak,” jelas beliau.

Iklan