DUN Kelantan bubar pertengahan Jun - Speaker

Iklan
Abdullah (tengah) ketika merasmikan Program Penutup Festival Beliwanis Kelantan, pada Jumaat.

KOTA BHARU - Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan akan dibubarkan pertengahan Jun depan berikutan tempoh mandat DUN akan berakhir pertengahan tahun ini.

Speaker DUN Kelantan, Datuk Abdullah Yaakob berkata, pembubaran itu juga berikutan kesemua enam negeri mengambil keputusan membubarkan DUN.

Iklan
Iklan

Menurut beliau, pelaksanaan Pilihan Raya Negeri (PRN) diserahkan sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).

Abdullah memberitahu, persidangan DUN terakhir akan dilaksanakan selama dua hari bermula 20 depan.

Iklan

Sebelum ini, enam negeri mencapai persetujuan membubarkan Dewan Undangan Negeri ketika tempoh dua minggu terakhir Jun depan untuk melaksanakan PRN.

Negeri berkenaan ialah Negeri Sembilan, Kedah, Selangor, Pulau Pinang, Kelantan dan Terengganu.

Iklan

Bagaimanapun mengambil kira tempoh masa pembubaran, PRN dijangka diadakan pada Julai atau Ogos ini.

PRN diadakan berikutan tempoh mandat DUN di enam negeri berkenaan akan berakhir pertengahan tahun ini.

Sementara itu, lebih 1,000 beliawanis menyertai Festival Beliwanis Kelantan yang dimeriahkan dengan persembahan penyanyi popular, Khai Bahar.