Kluster mahkamah kini bertukar baton?

Iklan
Muhyiddin didakwa enam pertuduhan salah guna kuasa untuk rasuah berjumlah RM232.5 juta dan pengubahan wang haram sebanyak RM195 juta, antara tahun 2020 hingga 2022 lalu.

RATA-rata berpendapat Perikatan Nasional (PN) dan Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) bakal menerima nasib yang sama seperti Barisan Nasional (BN) susulan gelaran ‘kluster mahkamah’ kini bertukar baton kepada koalisi berkenaan.

Senario itu akan memberi impak kepada pengundi muda sekali gus membantutkan pengaruh PN dan Bersatu menjelang Pilihan Raya Umum Negeri (PRN) di enam negeri tidak lama lagi.

Iklan
Iklan

Felo Kanan Majlis Profesor Negara, Dr Jeniri Amir berpendapat tidak mustahil sekiranya penyokong PN akan meninggalkan parti tersebut kerana fenomena yang sama turut dilihat sewaktu Datuk Seri Najib Razak dijatuhkan hukuman pada tahun lalu.

Keputusan penahanan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan memberi kesan buruk terhadap imej parti tersebut terutama golongan muda yang yakin parti tersebut bebas daripada skandal rasuah dan salah guna kuasa.

Iklan

Muhyiddin menghadapi beberapa pertuduhan mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) 2009 dan Seksyen 4(1)b Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Namun, Timbalan presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, pertuduhan itu disifatkan sebagai mengalih perhatian terhadap isu berhubung kes Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) yang melibatkan salah satu komponen parti Kerajaan Perpaduan.

Iklan

Dalam pada itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menafikan dakwaan kes tersebut mempunyai motif politik selepas beberapa pemimpin daripada Bersatu menghadapi pertuduhan berhubung isu rasuah oleh SPRM.

Selaras dengan prinsip kerajaan yang ingin membanteras gejala rasuah, Perdana Menteri menegaskan tidak akan mencampuri urusan penyiasatan SPRM yang melibatkan presiden parti tersebut.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), Tan Sri Azam Baki menjelaskan, pihaknya telah mengambil keterangan Muhyiddin berhubung pertuduhan yang membabitkan salah guna kuasa dan pengubahan wang haram (AMLA).

Langkah tersebut dilihat mencerminkan pendirian kerajaan yang bersungguh-sungguh memerangi rasuah tanpa mengira latar belakang.

Pemimpin yang menghadapi pertuduhan berhubung kes salah guna kuasa dan rasuah perlu dilaksanakan secara adil mengikut undang-undang sekaligus meyakinkan rakyat bahawa kerajaan telus dalam membendung isu rasuah.

Justeru, tindakan dan langkah pencegahan rasuah diharap dapat memperbaiki Skor Indeks Persepsi Rasuah (CPI) sekali gus menunjukkan kesungguhan kerajaan membanteras rasuah tanpa mengira latar belakang, pangkat dan darjat.