SETIAP orang mempunyai keinginan untuk berpasangan.
Tidak terkecuali, anak kembar autisme kepada pelakon Zarina Zainuddin, iaitu Azal Azrai yang juga pernah suatu ketika dahulu tular tentang keinginannya untuk berkahwin.
Menjawab tentang soal itu, Zarina mengakui anak nombor dua dari empat beradik ini sememangnya ada keinginan untuk berkahwin namun kriteria yang dipilih terlalu berbeza dengan dirinya.
"Azal sekarang dah berumur 26 tahun, nak masuk 27 dah. Dia memang ada keinginan untuk berkahwin tetapi Azal ni masalahnya dia tak nak kahwin dengan orang yang sama dengan dia. Dia nak kahwin dengan orang yang normal.